Thursday, February 26, 2015

Buku-buku GKLN 2015





Untuk tempahan sila hubungi : Fadhlil (whatsapp/sms: 017 2734065, FB: Fahd Razy) / Rasydan Fitri (FB: Rasydan Fitri) / Khairil Idham Ismail (FB: Khairil Idham Ismail)
(Kos pos: 1 buku RM 3.00  / 2 buku RM 4.50 / 3 buku dan ke atas: PERCUMA!)

1) Kumpulan cerpen GENERASI STRAWBERI - Putera Mu'izz
2) Kumpulan cerpen POHON DZAUQ YANG BISA BERJALAN - Muhammad Fitri Abu Bakar
3) Kumpulan cerpen SUARA TANPA BAHASA - Iwan Reaz
4) Kumpulan puisi SAJAK-SAJAK TERLARANG - Dr Muhaimin Sulam
5) Kumpulan puisi RUSIA KALI PERTAMA - Dr Khairil Idham Ismail
6) Kumpulan puisi SAYAP HARAP - Raehan Intisor
7) Kumpulan puisi NUR DI KOTA KAHERAH - DJ Syafiq Zulakifli
8) Kumpulan puisi SAHIFAH BUAT KEKASIH - Taufiq Roslan
9) Kumpulan puisi SILUET KEHIDUPAN - NS Amira
10) Kumpulan puisi MEMOAR RASA - Fariz Nafiah
11) Kumpulan puisi JAULAH SAMPAI SYURGA - Muzaf Ahmad
12) Kumpulan puisi MENGGELEDAH NURANI (edisi ketiga) - Fahd Razy


 Kumpulan cerpen GENERASI STRAWBERI 
Penulis: Putera Mu'izz
 ISBN: 978-967-13209-7-6
92 halaman
Harga: RM18.00

Generasi Strawberi memuatkan 10 cerpen dan 2 puisi yang menyentuh persoalan generasi muda hari ini seperti kata penulisnya, "Saya contengkan ini untuk membidas sikap sebahagian mahasiswa yang digelar sebagai Generasi Strawberi sekarang ini- Kulitnya kemerahan seperti manis, namun isinya masam manis. Kulitnya merah membara, namun isinya lembik." Isinya santai tetapi membawa persoalan-persoalan besar.



 Kumpulan cerpen POHON DZAUQ YANG BISA BERJALAN
Penulis: Muhammad Fitri Abu Bakar
 ISBN:978-967-13209-1-4
106 halaman
Harga: RM18.00
POHON DZAUQ YANG BISA BERJALAN memuatkan 11 cereka yang kaya dengan simbol yang unik. Ia menyentuh persoalan hubungan vertikal manusia dengan tuhan melalui perlambangan yang segar dan mengujakan. Naskhah ini juga melontarkan kritikan terhadap sikap-sikap manusia yang negatif dengan menawarkan jalan spiritual berlandaskan agama melalui Al Quran.



Kumpulan cerpen SUARA TANPA BAHASA
Penulis: Iwan Reaz
 ISBN:978-967-13209-5-2
96 halaman
Harga: RM18.00
SUARA TANPA BAHASA membawa manusia belajar dengan alam. 12 kisah teladan di dalamnya membawa pembaca secara kreatif mendalami dunia haiwan tetapi dalam dimensi berbeza dan mengiktibarkan.
Eh, haiwan boleh bercakap kah?
Boleh, hanya dalam buku ini.
Jangan terkejut, manusia pun boleh berbicara dengan mereka.
Sekali lagi, hanya dalam buku ini.



Kumpulan puisi SAJAK-SAJAK TERLARANG
Penulis: Dr Muhaimin Sulam
 ISBN:978-967-13209-2-1
84 halaman
Harga: RM12.00

Nama Muhaimin Sulam sinonim dengan pentas deklamasi dan aktivis. Beliau sering membawa puisi-puisinya yang kental bara perjuangan dengan lantang ke gelanggang melawan penindasan. Di dalam SAJAK-SAJAK TERLARANG, bait-bait yang selalu berkumandang di mikrofon kini terakam dalam bentuk naskhah. Ia bukan tentang perjuangan. Berani mengatakan tidak kepada penindasan dan ketidakadilan.

untuk undur pulang ke pelabuhan 
jangan sebut aku anak jantan!




Kumpulan puisi RUSIA KALI PERTAMA
Penulis: Dr Khairil Idham Ismail
ISBN:978-967-13209-2-1
108 halaman
Harga: RM15.00

RUSIA KALI PERTAMA mengungkapkan pengalaman kembara melalui bait-bait puisi yang romantis. Dr Khairil membawa pembaca ngembara bersamanya ke Rusia sambil mengutip kerinduan pada tanah air. Suara kemanusiaan dan kritikan sosial turut sesekali dilontarkan, tegas, tetapi terkawal dengan pemilihan kata yang puitis dan berkesedaran.




Kumpulan puisi SAYAP HARAP
Penulis: Raehan Intisor
ISBN:978-967-13209-3-8
116 halaman
Harga: RM15.00
SAYAP HARAP menghimpunkan puisi-puisi pendek yang padat makna. Raehan Intisor membuktikan kemampuannya memilih kata-kata yang ekonomis tetapi membawa kesan makna dan emosi yang luas dan bercambah.



Kumpulan puisi NUR DI KOTA KAHERAH
Penulis: Syafiq Zulakifli
ISBN:978-967-13209--7-6
74 halaman
Harga: RM12.00
Kemampuan Syafiq Zulakifli menggarap puisi yang baik terbukti melalui naskhah ini. Kebanyakan karya yang dimuatkan pernah tersiar di pelbagai media cetak termasuk memenangi Hadiah Sastera Darul Takzim. Puisinya rencam, berlegar sekitar pengalaman di Mesir sehinggalah isu semasa dan setempat.



Kumpulan puisi SAHIFAH BUAT KEKASIH
Penulis: Taufiq Roslan
ISBN:978-967-13209-0-7
82 halaman
Harga: RM15.00
Sahifah Buat Kekasih, merupakan sebuah buku puisi, tentang pencarian cinta di atas jalan derita. Pengembaraan mencari Tuhan di dalam sesatnya kota jiwa. Juga sebuah perjuangan dalam mengheret segunung kasih di atas sekeping rapuhnya hati. Bagi mereka yang tenggelam dalam keasyikan dunia, sungguh, Sahifah Buat Kekasih ini bukanlah secangkir kopi hangat manis untuk mereka. Ia hanyalah semangkuk dingin air mati buat para pencinta yang merana, merindui kekasihnya di gelap bahang penjara dunia. Maka, bagi mereka yang teringin menghirupnya, siap siagalah untuk merasa pahit dingin puisi-puisi di dalamnya.



 
Kumpulan puisi SILUET KEHIDUPAN
Penulis: NS Amira
ISBN:978-967-13209-8-3
68 halaman
Harga: RM12.00
Lucius Annaeus Seneca, seorang negarawan Rom dan ahli falsafah Stoik, pernah berkata, “We learn not in the school, but in life”.
Itu benar. Kehidupan itu sendiri adalah sekolah buat setiap individu. Banyak perkara yang mampu kita pelajari – andai saja deria kita terpasang saat kita melewati hari.
Puisi-puisi yang terkandung dalam kumpulan puisi Siluet Kehidupan ini adalah hasil dari pasangnya deria tersebut. Ianya sebuah gabungan rasa, fikiran dan pemerhatian penulis tatkala melewati lorong-lorong kehidupan.



Kumpulan puisi MEMOAR RASA
Penulis: Faris Nafiah
ISBN:978-967-0864-00-6
70 halaman
Harga: RM12.00
Perjalanan setiap insan bahkan terhidang duri yang siaga mencucuk, dan badai yang tersedia merempuh, bukan seperti anganan dan imaji - karpet baldu nan lembut mulus.
Namun, untuk merasa seempuk bertatih di bentangan diraja adalah pilihan.
Himpunan puisi ini adalah cubaan untuk memaknakan sebaik mungkin, perasaan-perasaan dan peristiwa-peristiwa yang mencorak kehidupan penulisnya. Kita tak punya hikayat – hanya rasa-rasa yang menguat dongengan. Dongengan yang bahkan samar-samar dan kelabu, tapi sekurangnya hidup dalam benak kita.




Kumpulan puisi MENGGELEDAH NURANI (Edisi Ketiga)
Penulis: Fahd Razy
ISBN: 978-967-10786-9-3
143 halaman
Harga: RM18.00
 MENGGELEDAH NURANI merupakan himpunan puisi-puisi terawal Fahd Razy termasuklah beberapa puisi yang memenangi pelbagai hadiah sastera dan penulisan. Naskhah ini telah memenangi Hadiah Sastera Darul Iman (kategori Kumpulan puisi)

Wednesday, October 22, 2014

Buku GKLN 2014

Tanah Tanpa Peta

Judul: Tanah Tanpa Peta
Genre: Antologi puisi dan cerpen
Penyelenggara: Fahd Razy, Rasydan Fitri, Khairil Idham Ismail, Zaim Yusoff dan Zaim Salimun

Penerbit: Karyawan Publishing House
Harga: RM20 (Harga ahli tetap: RM17)

Menampilkan 64 puisi dan 8 cerpen yang bertemakan isu semasa umat Islam. Ditulis oleh 55 orang penulis dari pelbagai latar belakang dan institusi termasuk sasterawan, tokoh budaya, wartawan, pendakwah, pensyarah, aktivis humanitarian, pakar perubatan, artis, selebriti, Dj radio, dan banyak lagi. Hasil jualan naskhah ini akan disumbangkan ke negara-negara umat Islam yang bergolak.

Senarai penulis termasuklah
Kata Pengantar
Dato Dr Anwar Ridhwan

1) Abdul Ghaffar Ibrahim (Pak Agi)
2) Dr Baharudin Suri
3) Dr Adibah Abdullah
4) Amirul Ameer
5) Ana Raffali
6) Aqilah Hambali
7) Dr Ainul Arina (Auriss Haira')
8) Badar Safraa
9) Balqis Azhar
10) Dinah Adelina Razali
11) Fahd Razy
12) Faisal Mat Zawi
13) Dr Faizal Musa (Faisal Tehrani)
14) Faiz Nazim
15) Fazleen Hishamuddin
16) Firuz Akhtar Lubis
17) Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
18) Haniff Nasir
19) Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj
20) Hazman Baharom
21) Hilal Asyraf
22) Hisyam Ahmad
23) Prof Madya Dr Ikram Mohamed Salleh
24) Iwan Ghazali
25) Kameelia Kameel
26) Khadijah Khalilah
27) Dr Khairil Idham Ismail
28) Mardhiyyah KA
29) Dr Muhaimin Sulam
30) Muharikah (Dr Aisyah Zainoordin)
31) Dato' Dr Musa Noordin
32) Muzaf Ahmad
33) Nadia Nabila Affandi
34) Dr Nadzirah Mohd
35) Nazmi Yaakub
36) Nik Auni Amanina
37) Nik Faris Haikal
38) Nini Nagyha Nordin
39) Nurul Ashikin Hasan Basri
40) Nurzaida Syaza Zawawi
41) Ust Pahrol Mohamad Juoi
42) Rahman D
43) Dr Ramzah Dambul
44) Rasydan Fitri
45) Shafiq Said
46) Dr Shamsudin Othman
47) Siddiq Osman
48) DJ Syafiq Zulakifli
49) Taufiq Roslan
50) Zaim Salimun
51) Za'im Yusoff
52) Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin
53) Zuhaida Zainon
54) Zulhafeez Ahmad Zahidi
55) Datuk Dr Zurinah Hassan




Judul: Jaulah Sampai Syurga
Genre: Kumpulan puisi
Penulis: Muzaf Ahmad
Halaman: 94 ms

Penerbit: Karyawan Publishing House
Harga: RM15 (Harga ahli tetap: RM15)

Jaulah Sampai Syurga merupakan kumpulan puisi Muzaf Ahmad yang pertama. Memuatkan 51 buah puisi yang ditulis pada dari 2011-2014 membawakan tema muhasabah, ukhuwah, perjuangan & pembebasan al-Aqsa. Turut memuatkan terjemahan 'Jaulah Sampai Syurga' dalam bahasa jepun (Tengoku e No Michinori) & bahasa Mandarin (Luyou Dao Tiantang)..


Wednesday, September 18, 2013

Pakej Jualan 2013


PERHATIAN: Sebarang tempahan boleh dibuat dengan menghubungi A. Fadhlil di
1) FB: AHMAD FADHLIL / FAHD RAZY
2) EMEL: fahd_razy@yahoo.co.uk
3) SMS: 0172734065

Senarai Harga Jualan
1) Antologi puisi sayembara 'Lebuh Kehidupan'   - RM20
2) Antologi cerpen dan puisi 'Vitae' Libellus' - RM20
3) Kumpulan cerpen 'Soya Ais Peneram Madu' - RM20 (STOK TERHAD)
4) Kumpulan cerpen 'Hujan Hujung Januari' - RM20 (STOK TERHAD)
5) Kumpulan puisi 'Ikan dalam Jiwa' - RM20 
*Kos pos untuk satu naskhah RM3

Senarai Harga Jualan untuk Ahli Tetap

1) Antologi puisi sayembara 'Lebuh Kehidupan'   - RM17
2) Antologi cerpen dan puisi 'Vitae' Libellus' - RM17
3) Kumpulan cerpen 'Soya Ais Peneram Madu' - RM17 (STOK TERHAD)
4) Kumpulan cerpen 'Hujan Hujung Januari' - RM17 (STOK TERHAD)
5) Kumpulan puisi 'Ikan dalam Jiwa' - RM17
*Kos pos untuk satu naskhah RM2

Harga Pakej

PAKEJ A :  2 naskhah dari judul berbeza 
Harga jualan: RM35 + Kos pos RM4
Harga jualan Ahli Tetap: RM30 + Kos pos RM2

PAKEJ B : 4 naskhah dari mana-mana judul (termasuk judul yang sama)
Harga jualan: RM65 + Kos pos RM7
Harga jualan Ahli Tetap: RM55+ Kos pos RM5

***Bakal terbit (boleh dibeli dengan GKLN):
1)Antologi cerpen penulis-penulis GKLN : Izrail Sibuk di Gaza (terbitan ITBM)
2)Antolog puisi penulis-penulis GKLN : Kota Tulip (terbitan ITBM)

(nantikan maklumat lanjut membeli naskhah ini sedikit masa lagi)

Turut menjual (Penghabisan stok, <10 naskhah saja tinggal)
1) Antologi puisi 'Dandelion' - Harga RM20 termasuk pos (Harga ahli RM17)
2) Antologi cerpen 'Trem ke Pintu Syurga' - Harga RM20 termasuk pos (Harga ahli RM17)
3) Antologi cerpen dan puisi Palestin 'Aku Kalis Peluru' - Harga RM20 termasuk pos (Harga ahli RM17)

MENGENAI BUKU-BUKU JUALAN




Klik di sini untuk maklumat lanjut

Judul: Lebuh Kehidupan
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Faisal Mat Zawi, Munirah Jamaludin, Shafiq Said, Shahkang
Halaman: 115
Penerbit: GKLN Publishing House (dengan kerjasama IPEM, Kelab Penulisan Irbid, Kolej MARA Seremban, dan LUMSOC)
Harga: RM20 (Harga ahli tetap: RM17)

Klik di sini untuk maklumat lanjut
Judul: Vitae' Libellus
Genre: Antologi cerpen dan puisi
Penyelenggara: Arisman Wenge, Nurayunie Abd Halim, Waazalimah Wahid, Nurul Insyira, Amir Farid
Ilustrasi kulit: Arisman Wenge
Halaman: 137
Penerbit: GKLN Publishing House dan IPEM
ISBN: 978-967-10786-5-5
Tahun: 2013
Harga: RM20 (Harga ahli: RM17)


Klik di sini untuk maklumat lanjut
Penulis: Shahkang
Genre: Kumplan cerpen
Harga: RM 20.00 (Harga ahli RM17)
ISBN: 9789830689760
Tahun terbit: 2012
Jumlah muka surat: 142

Klik di sini untuk maklumat lanjut
Penulis: Rebecca Ilham (Hazwani Rameli)
Genre: Kumpulan cerpen

Harga: RM 20.00 (Harga ahli RM17)
ISBN: 9789674300593
Tahun terbit: 2013
Jumlah muka surat: 147




Penulis: Fahd Razy (Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy)
Genre: Kumpulan puisi
Harga: RM 20.00 (Harga ahli RM17)
ISBN: 978-967-430-352-5
Tahun terbit: 2013
Jumlah muka surat: 98

Wednesday, July 24, 2013

Pengenalan GKLN Publishing House





GKLN Publishing House atau GPH merupakan sayap publikasi Grup Karyawan Luar Negara yang bertindak sebagai penerbit karya-karya ahli GKLN yang terpilih. Walaupun tubuh secara rasmi pada Jun 2008, namun usaha penerbitan GKLN telahpun dimulakan sejak 2006 lagi dan kewujudan GPH
lebih kepada usaha penjenamaan dan pengukuhan semula bahagian penerbitan dalam GKLN. Sebelum ini GKLN telah banyak berkerjasama dengan Esastera.com sebagai projek penerbitan bersama oleh kerana persamaan kedua-duanya yang mengaplikasikan media siber sebagai medium
komunikasi yang utama. Sehingga kini GPH memberi tumpuan kepada penerbitan karya-karya sastera seperti cerpen dan puisi. Namun begitu, keterbatasan genre ini bukanlah disebabkan kekangan polisi dan kehendak GPH, tetapi kerana kekurangan bahan dari genre yang lain. Diharap melalui GPH, maka lebih banyak penerbitan termasuk dari genre lain seperti novel, buku ilmiah, motivasi, dan sebagainya.