Judul: Jaulah Sampai Syurga
Genre: Kumpulan Puisi
ISBN: 9789671078686
Harga: RM15
Muka surat: 94ms
Jaulah Sampai Syurga merupakan kumpulan puisi pertama Muzaf Ahmad. Naskhah ini menghimpunkan 51 buah puisi (2011-2014) bertemakan muhasabah, ukhuwah, perjuangan & pembebasan al-Aqsa. Turut memuatkan terjemahan 'Jaulah Sampai Syurga' dalam bahasa jepun (Tengoku e No Michinori) & bahasa Mandarin (Luyou Dao Tiantang)..
MUZAF AHMAD
MUZAF AHMAD atau nama sebenarnya Ahmad Muzaffar bin
Baharudin dilahirkan di Pekan, Pahang pada 11 Mei 1991. Merupakan lulusan
ijazah Kejuruteraan Elektronik di Keio University, Jepun. Pernah mendapat
pendidikan di SMK Seri Rompin dan Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Telah
menghasilkan lebih 60 buah karya berbentuk cerpen, puisi dan rencana tersiar di
pelbagai media massa. Karya beliau mendapat tempat di media cetak seperti
majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta akhbar seperti Berita
Harian, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia. Karya beliau turut dimuatkan
dalam antologi Gema Membelah Gema 16, Dandelion, Lebuh
Kehidupan, Kota Tulip, Trem ke Pintu Syurga, Izrail Sibuk
di Gaza, Pelangi Dakwah dan Tanah Tanpa Peta. Beliau juga menulis di
laman blog muzafahmad.wordpress.com.
Cerpen
beliau berjudul Kanibal Hutan Seberang telah memenangi Hadiah Sastera
Kumpulan Utusan (HSKU) 2012 dan Sayembara Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) bahagian Asia-Australasia 2013 (Kedua). Pernah menjadi penyelenggara antologi
cerpen dan puisi Aku Kalis Peluru yang diterbitkan oleh GKLN dengan kerjasama Aqsa Syarif.
Merupakan ahli Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) semenjak tahun 2011.
Kini,
beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di universiti sama dalam
bidang Kejuruteraan Elektronik.
Assalamualaikum..naskhah ini ada dijual di mna?
ReplyDeleteassalamualaikum.naskah ini ada jual di mana?
ReplyDelete