Wednesday, July 24, 2013

Pengenalan GKLN Publishing House





GKLN Publishing House atau GPH merupakan sayap publikasi Grup Karyawan Luar Negara yang bertindak sebagai penerbit karya-karya ahli GKLN yang terpilih. Walaupun tubuh secara rasmi pada Jun 2008, namun usaha penerbitan GKLN telahpun dimulakan sejak 2006 lagi dan kewujudan GPH
lebih kepada usaha penjenamaan dan pengukuhan semula bahagian penerbitan dalam GKLN. Sebelum ini GKLN telah banyak berkerjasama dengan Esastera.com sebagai projek penerbitan bersama oleh kerana persamaan kedua-duanya yang mengaplikasikan media siber sebagai medium
komunikasi yang utama. Sehingga kini GPH memberi tumpuan kepada penerbitan karya-karya sastera seperti cerpen dan puisi. Namun begitu, keterbatasan genre ini bukanlah disebabkan kekangan polisi dan kehendak GPH, tetapi kerana kekurangan bahan dari genre yang lain. Diharap melalui GPH, maka lebih banyak penerbitan termasuk dari genre lain seperti novel, buku ilmiah, motivasi, dan sebagainya.