Antologi Dandelion, Karyawan Luar Negara
Harga: RM 25 (termasuk kos penghantaran)
“Dandelion”
adalah satu antologi puisi yang mengumpulkan penulis-penulis muda Luar Negara
daripada pelbagai latar dalam satu wadah dengan puisi berunsur Islam yang
merangkumi tema segenap kehidupan seperti dakwah dan tarbiyah, sejarah dan
ketamadunan Islam ,aspek perjuangan menegakkan syiar Islam, kritikan sosial dan
sikap umat Islam, kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam, selari dengan kesyumulan Islam itu sendiri.
Antologi ini mengandungi 124 puisi daripada 62 orang
penulis dari seluruh pelusuk dunia. Dengan latar belakang suasana, politik,
sosioekonomi yang unik, penulis-penulis muda dari Amerika, Eropah, Timur Tengah, Asia
Timur, Indonesia, Australia, New Zealand serta tidak ketinggalan dari Malaysia
sendiri menukilkan bait-bait dan
menyusun madah Islami dalam rangkap-rangkap indah; merakamkan pengalaman,
pemahaman serta pemerhatian mereka tentang Islam dengan itu membuktikan bahawa
Islam itu sempurna, serta sesuai pada semua masa dan tempat. Lalu, dengan
kepelbagaian ini, puisi-puisi yang dikumpulkan ini mempunyai keistimewaan yang
antara satu benua dengan satu benua yang lain dan penuh kepelbagaian daripada
segi penulisan, pemilihan kata dan gaya bahasa, dan pengunaan unsur-unsur
sastera seperti metafora, simile serta personafikasi.
No comments:
Post a Comment