Antologi cerpen dan puisi 'Vitae' Libellus' (2013)

Judul: Vitae' Libellus
Genre: Antologi cerpen dan puisi
Penyelenggara: Arisman Wenge, Nurayunie Abd Halim, Waazalimah Wahid, Nurul Insyira, Amir Farid
Ilustrasi kulit: Arisman Wenge
Halaman: 137
Penerbit: GKLN Publishing House dan IPEM
ISBN: 978-967-10786-5-5
Tahun: 2013
Harga: RM20 (Harga ahli: RM17)

Vitae' Libellus menghimpunkan sebanyak 7 buah cerpen dan 51 buah puisi terpilih nukiln 25 orang pelajar perubatan di Makassar yang juga ahli-ahli Ikatan Penulis Mahasiswa Malaysia (IPEM) di Makassar. Ia merupakan usaha sulung dalam menghimpunkan karya-karya warga IPEM dalam satu naskhah sekaligus menjadi perintis kepada usaha berterusan menggilap bakat-bakat penulisan dari kalangan pelajar Malaysia di Makassar.

“Vitae’ Libellus”. Kedengarannya mungkin agak asing bagi kita. Wajarlah ia
demikian kerana Vitae’ Libellus merupakan dua kata yang diambil daripada istilah Bahasa
Latin yang membawa maksud The Booklet/The Journal of Life atau dalam istilah Bahasa
Melayu, Diari Sebuah Kehidupan.


Nurayunie Abd Halim
Penyelenggara/Pengarah Vitae Libellus

No comments:

Post a Comment