Antologi puisi sayembara 'Lebuh Kehidupan' (2013)


Judul: Lebuh Kehidupan
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Faisal Mat Zawi, Munirah Jamaludin, Shafiq Said, Shahkang
Ilustrasi kulit: Rasydan Fitri
Halaman: 115
Penerbit: GKLN Publishing House (dengan kerjasama IPEM, Kelab Penulisan Irbid, Kolej MARA Seremban, dan LUMSOC)
ISBN: 978-967-10786-6-2
Tahun: 2013
Harga: RM20 (Harga ahli: RM17)

Lebuh Kehidupan merupakan puisi-puisi para pemenang dan peserta terpilih dari sejumlah sayembara yang telah dianjurkan oleh GKLN pada tahun 2012 dan 2013. Ini termasuklah:

1) Sayembara Puisi Dunia UK-Ireland 2012
2) Sayembara Puisi 'Dunia Baru' Zon Asia-Australasia GKLN 2013
3) Sayembara Puisi 'Kisah Kita' Zon Timur Tengah-Afrika GKLN 2013
4) Sayembara Puisi Zon Amerika-Eropah GKLN 2013
5) Sayembara Puisi Islami KMS-GKLN 2013.

Sebanyak 86 buah puisi termasuk puisi pemenang, peserta, dan penampilan khas dari urusetia dan hakim sayembara. Temanya rencam, mengikut tema sayembara yang ditetapkan oleh urusetia masing-masing. Lebuh Kehidupan pasti menjanjikan puisi yang pelbagai dan bakat-bakat yang menjanjikan.



Sebuah kereta di lebuh kehidupan

tayarnya kempis tiada angin

katanya- angin tidak penting

cukuplah enjin janaan duniawi.


No comments:

Post a Comment