Antologi cerpen dan puisi 'Aku Kalis Peluru' (2013)

Judul: Aku Kalis Peluru
Genre: Antologi puisi dan cerpen
Penyelenggara:Muzaf Ahmad, Thoybah Mursyidah, Shafiq Said
Pengarang: 34 penulis luar negara termasuk penampilan khas Afdhlin Shauki
Penerbit: Aqsa Sharif dengan kerjasama GKLN Publishing House
Jumlah halaman:209
Tahun terbitan: 2013
ISBN978-967-10786-4-8
Harga: RM 20.00

Aku Kalis Peluru merupakan projek kerjasama GKLN dan Aqsa Sharif dalam meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang isu kemanusiaan Palestin melalui penulisan kreatif. Menghimpunkan sejumlah puisi dan cerpen oleh 34 orang penulis, Aku Kalis Peluru menyentuh isu Palestin melalui pelbagai perspektif dan kaca mata. Turut menampilkan puisi khas oleh Afdhlin Shauki, pengarah dan pelakon tanah air.

Antologi ini telah dilancarkan di Kolej MARA Seremban bersempena Malam Suara Al Aqsa 2013 yang menampilkan tokoh seperti Abdul Ghafar Ibrahim (Pak Agi), Pemenang SEA Write Award- SM Zakir, Dr Shamsudin Othman, Rahimidin Zahari, Fara Fauzana, Imam Muda Taufek, dan ramai lagi dengan hampir 80 naskhah terjual (pada malam tersebut) dan kutipan derma mencecah RM2500.

Untuk membeli naskhah ini sila layari : http://palestinemall.net

No comments:

Post a Comment